top of page

Bantuan (Inovasi) Yang Tak Sudi,

Diberi Hanya Untuk Diratapi

Diam-diam bersantap khinzir,

Lepas santap pergi berzikir,

Tauke kaya penjual pasir,

Mencabut rezeki nelayan pesisir.

 

Sudah lama aku berfikir,

Apa guna pandai menyindir?

Sindirin orang yang tersisih,

Nanti sengaja disalah tafsir.

 

Negaraku negara Pak Pandir,

Tambah pula dilanda banjir,

Main politik jadi "anjir",

Satu negara berbau hanyir.

 

Politik berlebih waktu banjir,

Parti dilancar presidennya Langsuir, (Langsuir itu tak boleh dilihat dengan mata)

Belakangnya ternyata Mak Lampir,

Ratu katak pembawa anasir.

 

Berani berceramah politik matang,

Hari Pembukaan tak berani datang,

Padanlah orang Klang ditimpa malang,

Langsuir datang tanpa diundang,

Air bergelen-gelen yang ditatang.

 

NGO berbulu ayam hati musang,

Kritik politik sembang kencang,

Lebih hebat dari makcik membawang,

Mak Lampir pun ikut diganyang.

 

Duit tak SEDAR dari mana,

Semua ahli berpura-pura,

NGO dibuat untuk hapus dosa,

Dengan harapan untuk elak penjara,

Bukan untuk seorang tapi sekeluarga.

 

Keluar Institut Jantung Negara,

Nasihat "Berhenti Berpolitik" tiba-tiba,

Masalah jantung atau terhantuk kepala?

Sampai mengutuk Najib pun jadi lupa,

Jangan tersingung, kita tanya saja.

 

Menteri mana tak pakai Vellfire?

Menantu pakai helikopter pun ada,

Perasaan empati langsung tak ada,

Mangsa-mangsa melompong mata.

 

Atas bumbung, helikopter tak ada,

Hasad timbul dari perasaan merana,

Dari merana timbul rasa sengsara,

Dari situlah mulanya DERHAKA.

 

Pergilah tanya Putera Mahkota,

Anak Raja tetap jadi Raja,

Bukan sesiapa kekal bukan sesiapa,

Dua darjat antara kayangan dan jelata,

Justeru itu leluhurnya mencuri takhta,

Dari temenggung naik jadi raja.

 

Salah tulis masuk penjara,

Jangan angkat sabun, sudahlah,

Ampun patik, jangan patik disula,

Takut Raja nanti terkena tulah.

 

Zahid masuk Seri Perdana,

Hidayah kurang hidayah juga,

Tapi tetap jadi puteri ayahnya,

Andai bapanya masuk penjara, 

Lain pula riwayat anaknya,

Begitulah sanubari politik Malaysia.

 

Indah khabar daripada rupa,

Cakap-cakap Keluarga Malaysia,

Banjir rumah kereta pun ada,

Bantuan seribu ringgit sahaja.

 

Dibodek-bodek sampai lupa, 

Dijilat-jilat sampai alpa,

Tanggungjawab pada jelata,

Rakyat yang jadi mangsa,

Berdewakan pembesar negara,

Pemimpin dan golongan diraja.

 

Berkat kutuk saling berganti,

Lahir mati permainan duniawi,

Perasaan tersisih menjadi benci,

Benci sebencinya tersentuh Ilahi.

 

Dari benci lahirnya kesumat,

Dikuti kutukan yang paling kuat,

Ada Inovasi buat orang selamat,

Sengaja beri dilambat-lambat.

 

Buat apa berbuat baik?

Dikenang hanya orang politik,

Tiada publisiti, tiada simpati,

Tak ada gelaran Tan Sri,

Lebih baik berdiam diri,

Jadi bawahan terima hakiki,

Cerita sama generasi ke generasi,

In English "No money, no honey".

 

Sengaja pula aku memberi,

Inovasi waktu sudah surut nanti,

Betapa berkesannya Inovasi ini,

Diberi hati dan minda tak sudi,

Diberi sekadar untuk diratapi,

Agar yang ikhlas terguris hati,

Agar yang perlu sedar kembali,

Bantuan tak sampai salah sendiri,

Kerana saintis and cendekiawan dikeji.

 

Memuji saintis hanya di mulut,

Macam najis dibungkus pulut,

Waktu dekat baunya kentut,

Cari kerja kena sampai berlutut.

 

Biar kau orang rasa dihanyut,

Agar hidup kau macam semut,

Kerja tak selesai seumur hidup,

Sampai nyawa tak berdenyut.

 

Dalam benak dan sanubari, 

Hati dan niatku terbusuk sekali,

Tak ikhlas sampai ku rela mati,

Daripada memberi kau nikmati.

 

Yang nak membantu, 

Allah tak kurniakan Hikmah,

Yang enggan membantu,

Diberi pula Anugerah,

Itulah Kebesaran Yang Maha Esa,

Sebab sengaja menyembunyikan-Nya.

 

Biar derita sengsara ditayang,

Wadahku selepas sembahyang,

Namun sayang seribu sayang, 

Niat jahilku masih bayang-bayang.

 

Selamat Krismas dan Tahun Baru,

Semoga tercapai keagunganku,

Setujukanlah kontrak permintaanku,

Sebelum bala datang bertalu-talu.

 

Andai aspirasiku ditolak bulat-bulat,

Semoga semua nanti dilaknat,

Dari Sydney, Washington ke Beijing,

Dari Pekan, Muar, Subang ke Petaling.

 

Andailah kutukan memakan diri,

(Diharap kutukanku kehendak Ilahi),

Lantaklah, aku memang sudi,

Andai rohku ditelan neraka api.

 

Teringatlah aku pada Mahsuri,

Kutukan tujuh keturunan Langkawi,

Lahirnya Siakap Kayangan sensasi,

Biarlah takdir berulang kembali,

Satu dunia bukan hanya negeri,

Sumpah seranah realiti paling ngeri.

bottom of page